KUALA LUMPUR 12 April – Keputusan kerajaan meneruskan semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion menyaksikan saham syarikat berkaitan projek berkenaan ditutup bercampur-campur. Saham HSS Engineers Bhd. yang telah menerima pakej kerja ECRL sebelum ini turun 20 sen kepada RM1.19 sesaham manakala Lafarge Malaysia Bhd. pula naik 20 sen kepada RM2.48 sesaham. Bagi saham syarikat pembinaan lain yang dijangka terlibat dalam projek berkenaan seperti…










