KUALA LUMPUR 3 April – MBO Cinemas baru-baru ini mengadakan program Kiwanis-MBO Mega Movie Treats 3.0 bagi meraikan lebih 3,400 kanak-kanak kurang bernasib baik dan orang kurang upaya (OKU) di seluruh negara. Gabenor Kiwanis, Ivan Oh berkata, program dianjurkan yang memasuki tahun ketiga itu meraikan kanak-kanak berkenaan dengan menayangkan filem terbaharu Disney iaitu Dumbo. Menurutnya, penganjuran filem tersebut dibuat serentak di semua cawangan MBO Cinemas seluruh negara dengan kerjasama Kiwanis…










