Memiliki kebijaksanaan seperti Raja Sulaiman, kekuatan bak Heraclius, stamina umpama Atlas dan kekuasaan dewa Zeus, itulah Shazam. Karakter adiwira terbaharu daripada DC Extended Universe (DC) yang dijayakan pelakon kelahiran Lake Charles, Louisiana, Amerika Syarikat bernama Zachary Levi. Walaupun kurang dikenali, Zachary membuktikan perkara tersebut tidak menjadi halangan untuknya beraksi cemerlang dalam membawakan watak adiwira tersebut. Shazam! menerima pujian melambung daripada penonton yang rata-rata bersetuju bahawa filem arahan David F. Sandberg itu sangat berbeza daripada penerbitan filem DC sebelum ini. Ironi, Zachary atau nama sebenarnya, Zachary Levi Pugh, 38, tidak terus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya