Dua set trofi, pingat EPL - Utusan Malaysia

Dua set trofi, pingat EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 25 April – Penganjur Liga Perdana Inggeris (EPL) enggan mengambil risiko dengan cuba membuat tekaan siapa bakal dinobat sebagai juara musim ini – Manchester City atau Liverpool yang dijangka diputuskan pada hari terakhir saingan, 12 Mei.

Sebaliknya, mereka akan menyediakan dua trofi dan dua set pingat, masing-masing diletak di stadium yang melibatkan perlawanan kedua-dua pasukan.

Juara bertahan, City yang kini mendahului liga dengan kelebihan tipis satu mata ketika saingan berbaki tiga perlawanan akan bertandang ke Brighton pada hari terakhir liga.

Memuatkan artikel berkaitan…

City sebelum itu perlu berdepan Burnley, Ahad ini, diikuti Leicester City pada 7 Mei.

Liverpool pula akan menerima kunjungan Wolverhampton di Anfield pada hari terakhir. Dua lagi saingan Reds adalah menentang Huddersfield, Sabtu ini, diikuti Newcastle United pada 5 Mei.

Jarak di antara Anfield dan Stadium Amex di Brighton adalah 270 batu, justeru membuat perjudian membawa trofi ke salah satu venue pada saat akhir bukan percaturan bijak.

Pihak EPL juga menolak rancangan asal untuk menerbangkan trofi menaiki helikopter pada saat akhir seperti yang pernah dilakukan pada 2012 apabila City secara dramatik mengetepikan Manchester United untuk menjulang trofi pada hari terakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini