KLANG – Dua sahabat maut dengan seorang daripadanya digilis sebuah treler selepas motosikal dinaiki gagal memotong sebuah kenderaan lain di Jalan Pelabuhan Barat di sini semalam. Dalam kejadian pukul 6 petang, Amirul Naim Zainuddin, 18, yang parah di kepala akibat digilis meninggal dunia di lokasi kejadian. Sementara, rakannya yang merupakan penunggang motosikal, Muhammad Daniel Imran, 18, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini. Ketua Polis…










