Dua lelaki dihukum penjara kerana rogol remaja - Utusan Malaysia

Dua lelaki dihukum penjara kerana rogol remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 19 April- Dua lelaki dihukum penjara selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan jenayah seksual yang dilakukan terhadap seorang remaja lelaki.

Dalam insiden tersebut, Michael Riley, 31 dan Jason Millar, 44, telah menghayalkan remaja berusia 13 tahun itu sebelum merogol dan menderanya secara seksual.

Pada masa sama, pasangan tersebut turut bertindak mengugut mangsa sekiranya remaja tersebut melarikan diri daripada mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mahkamah Liverpool menjatuhkan 10 tahun dan sembilan bulan penjara kepada Riley sementara sembilan tahun kepada Millar.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini