Dua lagi premis judi dalam talian diserbu - Utusan Malaysia

Dua lagi premis judi dalam talian diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 April – Dua lagi premis judi dalam talian yang baharu sahaja beroperasi di Lorong Brunei Tiga Off, Jalan Pudu di sini diserbu pada kelmarin dan semalam.

Hasil serbuan yang dilakukan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi itu, turut menahan lapan individu terdiri tujuh lelaki dan seorang wanita warga asing.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi,
Superintenden Rudy Abdullah berkata, mereka yang ditahan terdiri empat lelaki Myanmar, India (2) dan Indonesia (1) serta seorang wanita warga Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, kesemua mereka yang ditahan merupakan pelanggan dan penjaga premis.

“Pada serbuan pertama pada Selasa lalu, kita mulanya telah menahan enam lelaki terdiri empat warga Myanmar dan dua lelaki India berusia antara 26 hingga 40 tahun.

“Susulan itu, kita kemudiannya menahan seorang lagi lelaki dan wanita warga Indonesia keesokkan harinya sebelum merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk melakukan aktiviti tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rudy memberitahu, hasil serbuan itu, sebanyak 32 komputer riba pelbagai jenama dirampas.

“Turut dirampas iaitu 16 tetikus, modem (4) dan wang tunai berjumlah RM433 dari kedua-dua premis yang diserbu.

“Siasatan lanjut masih berjalan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini