SEREMBAN 26 April – Kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, 13 April lepas, tidak mematahkan semangat calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRK berkenaan Dr S. Streram untuk terus menabur khidmat kepada masyarakat di kawasan berkenaan. Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau itu berkata walaupun kekalahan tersebut menjadi pengalaman dan sejarah berharga buat dirinya yang pertama kali bertanding, namun azamnya untuk memperjuangkan kesejahteraan masyarakat di kawasan itu…










