Dr. Mahathir sertai perbahasan Kertas Putih Felda - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir sertai perbahasan Kertas Putih Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 April – Kerajaan secara keseluruhan bersetuju memberi bantuan kewangan sebanyak RM6.23 bilion kepada Felda untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi agensi itu termasuk golongan peneroka.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bantuan kewangan itu berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat mengikut keperluan bagi melaksanakan inisiatif-inisiatif di atas.

“Sehubungan dengan ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) yang telah mengambil peduli tentang masalah

Memuatkan artikel berkaitan…

peneroka Felda dan masa depan Felda,” katanya membentangkan Kertas Putih pemulihan Felda di Dewan Rakyat hari ini.

Bantuan itu termasuklah menyelesaikan Perumahan Generasi Baharu Felda dan menghapuskan kadar faedah di atas pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil yang dibebankan kepada peneroka.

Sewaktu sesi perbahasan, Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) memuji Dr. Mahathir kerana turut menyertai sesi perbahasan.

Ahmad malah menjelaskan beliau menghormati Dr. Mahathir dan merupakan antara pemimpin yang beliau sanggup mencium tangan, sedangkan dirinya tidak berbuat demikian terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr. Mahathir secara mengejut bangun mencelah perbahasan Ahmad dan menganggap penjelasan ahli pembangkang itu yang cuba mempertahankan prestasi Felda sewaktu pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebagai cerita dongeng.

Perdana Menteri mempersoalkan mengapa Ahmad tidak membangkitkan masalah-masalah yang dihadapi Felda kepada Najib sebelum ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini