NEW YORK – Seorang ibu berang selepas disaman AS$115 (RM470) kerana memberhentikan kereta di tepi jalan untuk menyusukan bayinya yang menangis di sini Khamis lalu. Guillermina Rodriguez, 30, dilaporkan berhenti di tepi sebuah jalan raya di Manhattan untuk menenangkan bayinya, Eliana Torres, berusia tiga minggu, di kerusi belakang kereta dipandunya sebelum sebuah kenderaan polis berhenti dan mengeluarkan saman kepadanya. “Saya sedang menyusukan bayi dan anggota polis yang tidak sensitif itu…










