Budaya membaca bentuk masyarakat lebih matang, berfikiran luas

Budaya membaca bentuk masyarakat lebih matang, berfikiran luas

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Budaya membaca mampu melahirkan masyarakat yang lebih matang dan berfikiran luas dalam mendepani cabaran dunia yang semakin kompleks.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buku bukan sahaja menjadi medium menimba ilmu, malah mampu membentuk cara masyarakat berfikir dan menilai sesuatu isu secara lebih rasional.

“Mengambil kesempatan cuti Aidiladha untuk membelek beberapa buku kegemaran daripada pelbagai bidang termasuk sastera, sambil mencari ruang untuk terus belajar dan merenung perjalanan zaman yang semakin mencabar.

“Buku mengajar kita untuk lebih sabar berfikir, lebih matang menilai dan tidak mudah tenggelam dalam budaya menghukum atau sensasi yang singkat usianya.

“Insya-Allah, esok saya akan meluncurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 sebagai tanda dukungan berterusan terhadap budaya ilmu dan pembacaan dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menerusi video yang dikongsikan dalam hantaran itu, Anwar turut membacakan beberapa puisi berkaitan perjuangan beliau serta ketabahan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam mendepani cabaran ketika era Reformasi.

PBAKL 2026 bakal berlangsung dari 29 Mei hingga 7 Jun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN