MELAKA 8 April – Seorang eksekutif jualan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi ini atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM500 untuk mengeluarkan sijil diploma palsu dari sebuah universiti swasta, tahun lalu. C. Vijayakumar, 34, mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin. Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM500 melalui akaun Public Bank daripada Muhamad Amir Safwan Rusli sebagai upah bagi memberi sijil Diploma Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) atas nama Mohd. Amirul Hakim Rusdi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya