KUALA LUMPUR 5 April – Ketiadaan pasukan jelajah profesional dunia (Pro Tour) pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) kali ini harus dimanfaatkan sebaiknya oleh wakil dari Malaysia bagi mencatat sejarah pasukan tempatan pertama memenangi gelaran Terbaik Keseluruhan. Sejak diperkenalkan pada 1996 belum pernah ada pasukan dari Malaysia menjuarainya, malah tiada pelumba tempatan berjaya merangkul jersi kuning selaku pelumba terbaik keseluruhan dalam jelajah terbesar di Asia itu. Tanpa kehadiran pasukan…










