KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama Malaysia Bhd. (CBP) menyediakan dana berjumlah RM700 juta untuk Skim Pembiayaan Sektor Koperasi-Membangun Bersama CBP (Skim PSK) bagi membantu koperasi di negara ini mendapat kemudahan pembiayaan. Dana tersebut akan diagihkan secara berperingkat menerusi enam produk pembiayaan yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) . Dana tersebut ialah Pembiayaan Hartanah I, Pemfaktoran I, Pembiayaan i-Kontrak, Pembiayaan Penyambung-i, Pembiayaan Berjangka-I dan Pembiayaan Kredit Berputar-i. Pengerusi CBP,…










