Dakwa dera amah: Keterangan Tan Sri diambil - Utusan Malaysia

Dakwa dera amah: Keterangan Tan Sri diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Kete­rangan seorang Tan Sri yang didakwa telah mendera tiga pembantu rumahnya sehingga mereka bertindak melarikan diri pada 26 Mac lalu telah diambil pihak berkuasa ming­gu lalu.

Menurut sumber, keterangan Tan Sri berusia 58 tahun itu diambil sehari selepas laporan polis dibuat.

Ujarnya, siasatan lanjut ba­gaimanapun masih berjalan memandangkan laporan kesihatan ketiga-tiga pembantu rumah berkenaan tidak menunjukkan sebarang tanda mereka telah didera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini, tiada keperluan untuk melakukan tangkapan terhadap Tan Sri itu.

“Pihak polis perlu melakukan siasatan secara menyeluruh mengenai kes ini sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya di sini hari ini.

Pada 26 April lalu, tiga wanita Indonesia nekad melarikan diri dari rumah majikan mereka yang bergelar Tan Sri di Country Heights, Kajang dekat sini dipercayai selepas tidak tahan didera.

Dalam kejadian itu, ketiga-tiga mangsa yang mendakwa tidak dibayar gaji, ditumbuk dan ditampar melarikan diri dengan memanjat pagar rumah majikan dan kemudian dibantu oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Berikutan itu, lelaki berkenaan kemudiannya telah membawa ketiga-tiga mangsa ke Kedutaan Indonesia bagi mendapatkan bantuan sebelum satu laporan polis dibuat oleh mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini