DAS Abdul Global Sdn. Bhd. (DAG) yang terkenal dengan jualan bantal hotel meneruskan tradisi meraikan pengedar yang mencatat jualan secara konsisten menerusi tawaran cabutan bertuah berupa kenderaan pacuan empat roda bernilai RM120,000. Diraikan dalam satu majlis makan malam gemilang di sebuah hotel di Bangi, Selangor baru-baru ini, hadiah utama tersebut menjadi milik Mohamad Radzuan Mohamad Najib, 33, dari Ampang, Selangor. Pengedar bertuah itu terpilih daripada 200 pengedar lain yang layak…










