IPOH – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan memberikan perlindungan takaful kemalangan secara percuma kepada kira-kira 10,000 penjawat awam sempena sambutan Hari Pekerja 2019. Polisi CuepacsPA-Raya itu memberikan perlindungan sehingga RM220,000 sekiranya berlaku kemalangan. Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, program takaful itu adalah kerjasama MyCuepacsCare dan Zurich General Takaful Malaysia Bhd. (Zurich) bermula pada 20 Mei hingga 19 Jun depan semasa sambutan Aidilfitri. Beliau berkata, pemberian CuepacsPA-Raya…










