Cubaan seludup tong gas gagal - Utusan Malaysia

Cubaan seludup tong gas gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 16 April – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki warga Indonesia di laut Sungai Haji Kuning selepas cuba menyeludup keluar tong gas memasak ke negara asalnya semalam.

Dalam kejadian 5.10 petang itu, Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komosioner Mohamad Pajeri Ali berkata, pihaknya menjalankan rondaan di kawasan tanggungjawab terserempak dengan sebuah bot mencurigakan.

“Pemeriksaan mendapati juragan berusia 30 tahun itu membawa lima tong gas memasak disembunyikan di ruangan belakang bot.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Juragan itu bagaimanapun gagal menunjukkan sebarang surat atau dokumen kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkaitan tong gas yang dibawa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, juragan serta barang rampasan bernilai RM14,000 ditunda ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan dibaca bersama Perkara 3 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini