NEW YORK 19 April – Helah seorang penumpang menyembunyikan sepucuk pistol di dalam sebuah pemain cakera padat digital (DVD) terbongkar apabila objek itu dikesan kakitangan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.
Lapor Detik News yang memetik media tempatan AS, insiden itu berlaku Sabtu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy.
Senjata lengkap dengan peluru kaliber sembilan milimeter itu dikesan penggera keselamatan lapangan terbang, mendorong kakitangan TSA memeriksa beg berkenaan dan menemukan senjata tersebut yang dibungkus rapi di dalam pemain DVD.
Staf TSA dibantu anggota polis kemudiannya berjaya memberkas seorang penumpang lelaki yang akan menaiki penerbangan ke Mexico dan didakwa menyalahi peraturan pemilikan senjata ap[i. – AGENSI











