ISU perceraian melalui pesanan aplikasi WhatsApp telah lama diperkatakan suatu ketika dahulu. Kini ia muncul kembali dan hangat diperkatakan apabila tidak putus-putus komen dan kritikan diberikan netizen di laman sosial berhubung isu cerai seorang Pencetus Ummah (PU) melalui WhatsApp setelah isterinya (yang kini hamil tujuh bulan) tidak bersetuju untuk berpoligami. Apabila perkara seperti ini berlaku, persoalan utama yang harus ditentukan ialah sama ada telah jatuh talak melalui pesanan aplikasi WhatsApp…










