Cef Liza Zainol 'jajah' tekak orang Bosnia dengan nasi lemak - Utusan Malaysia

Cef Liza Zainol ‘jajah’ tekak orang Bosnia dengan nasi lemak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARAJEVO 19 April – Cef handalan, Azizah Che Long atau dikenali sebagai Chef Liza Zainol mencuri perhatian pengunjung Karnival Keusahawanan Halal Malaysia (MEHC) 2019 di sini hari ini dengan demonstrasi memasaknya.

Memilih nasi lemak kukus pandan, rendang terung dan mi sanggul goreng sebagai menu utama hari ini, warga tempatan berpusu-pusu hadir dan mencuba masakan yang mencerminkan cita rasa asli rakyat Malaysia.

Walaupun masakan pedas agak janggal bagi tekak rakyat Bosnia, kesemua pengunjung yang ditemui berpuas hati dan memuji masakan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Cef Liza ketika ditemui berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan terutamanya apabila beberapa pemimpin Malaysia dan tempatan hadir mencuba masakan.

“Beratus juga yang datang mencuba masakan. Walaupun mereka kurang makan pedas tapi menu seperti rendang terung dan nasi lemak sangat digemari.

“Kami sesuaikan masakan dengan citarasa tempatan. Contohnya, kami guna tomato temoatan yang sangat segar untuk kurangkan kepedasan masakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini