Cedera tidak halang Zaqhwan beraksi di Jepun - Utusan Malaysia

Cedera tidak halang Zaqhwan beraksi di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Meskipun mengalami kecederaan, pelumba negara, Mohd. Zaqhwan Zaidi bersedia untuk menghadapi All Japan Road Racing Championship pada esok dan lusa.

Mohd. Zaqhwan, 24, di bawah pasukan Honda Asia-Dream Racing With Showa akan menunggang jentera CBR1000RR dalam kelas Superbike di Litar Twin Ring Motegi.

“Tangan saya mengalami kecederaan setelah terjatuh di Jepun dan juga pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (AARC) FIM di Thailand, musim lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun begitu, tangan saya sudah hampir pulih sepenuhnya. Jadi saya berharap dapat memberi aksi terbaik di Jepun nanti,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Boon Siew Honda Sdn. Bhd. di sini.

Pasukan Honda Asia-Dream Racing With Showa dianggotai kakitangan tertinggi anak syarikat Honda dan pasukan perlumbaan lain di rantau Asia dan Oceania. Bekas pelumba MotoGP, Makoto Tamada dipertanggungjawabkan sebagai pengurus pasukan tersebut.

Bagi kejohanan All Japan Road Racing Championship 2019, pasukan ini akan menyertai empat pusingan perlumbaan iaitu Pusingan 1 dan 6 di Motegi dan Pusingan 2 dan 8 di Suzuka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini