SELEPAS menyusun alat permainan bersaiz mini ke dalam bekas membuat sabun itu, tangan Shahrul Zariah Md. Sharif, 46, pantas mencapai sebilah pisau bersaiz sederhana besar dan digunakan untuk memotong sebuku sabun gliserin. Selepas memotong sabun tersebut menjadi kiub-kiub kecil, ia kemudian dimasukkan ke dalam sebuah bekas jernih dan dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 30 saat untuk dicairkan. Sebaik sahaja sabun itu cair, ia akan dimasukkan pula ke dalam…










