Bursa Malaysia ditutup tinggi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 – Bursa Malaysia yang mencatatkan aliran harga meningkat hampir sepanjang hari ditutup tinggi hari ini didorong oleh keuntungan kebanyakan saham mewah berkaitan kewangan serta saham wajaran tinggi terpilih.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,642.29 meningkat 4.89 mata berbanding 1,637.40 pada penutupan semalam.

Selepas dibuka 2.78 mata lebih rendah pada 1,634.62, indeks bergerak dalam julat 8.91 mata mencecah paras tertinggi harian pada 1,643.45 dan paras terendah harian pada 1,634.54.

Memuatkan artikel berkaitan…

Maybank,ditutup pada RM9.25, meningkat 11 sen, susulan faedah yang lebih tinggi memandangkan tempoh untuk Hyflux Ltd membuat pembayaran atas kemudahan pinjaman berjangka berdasarkan surat permintaan bank yang tamat tempoh hari ini.

Kaunter bank lain yang menyumbang kepada peningkatan indeks komposit termasuk CIMB Group, yang menambah tujuh sen kepada RM5.27, Hong Leong Financial meningkat 18 sen kepada RM19.22 dan RHB menokok enam sen kepada RM5.96.

Antara saham wajaran tinggi, TNB naik lapan sen kepada RM12.28, manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM9.00 dan Public Bank susut enam sen kepada RM22.50.

Bagi saham aktif, Bumi Armada dan KNM masing-masing tidak berubah pada 23.5 sen dan 21.5 sen manakala Ekovest turun 1.5 sen kepada 88 sen.

Bagi kaunter untung, Panasonic naik 22 sen kepada RM37.82, F(amp)N menambah 18 sen kepada RM34.90 manakala MISC menokok 10 sen kepada RM6.90.

Kedudukan pasaran bagaimanapun kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 473 berbanding 326, manakala 410 kaunter tidak berubah, 694 tidak diniagakan dan 51 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.36 bilion saham bernilai RM2.25 bilion. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini