Bursa Malaysia ditutup rendah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 April – Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, dengan indeks petunjuk pasaran menyusut 0.06 peratus berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana dalam saham mewah terpilih antaranya Public Bank dan Petronas Chemicals.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 0.98 mata kepada 1,637.40 daripada paras penutup 1,638.38 pada Jumaat.

Selepas dibuka 1.08 mata lebih rendah kepada 1,637.30, indeks itu bergerak antara 1,631.83 dan 1,637.49 sepanjang sesi dagangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 623 kepada 255, manakala 341 kaunter lagi tidak berubah, 693 tidak diniagakan dan 60 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berada pada 2.53 bilion saham bernilai RM1.64 bilion. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini