KUALA LUMPUR 30 April – Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi pada paras lebih tinggi berikutan aktiviti belian berterusan dalam saham mewah berkaitan indeks kewangan terpilih seperti Maybank, RHB dan Kumpulan CIMB. Pada 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.32 mata kepada 1,640.72 daripada 1,637.40 semasa ditutup semalam. Selepas dibuka 2.78 mata lebih rendah pada 1,634.62, indeks tempatan bergerak antara 1,634.54 dan 1,641.64 sepanjang sesi…










