Bursa ditutup tinggi - Utusan Malaysia

Bursa ditutup tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 April – Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu kerancakan aktiviti belian, dan berlatarbelakangkan pasaran serantau yang bercampur-campur.

Pada penutupan, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.34 mata kepada 1,622.07 berbanding 1,619.73 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks dibuka 0.91 mata lebih tinggi kepada 1,620.64 dan turun naik antara 1,618.69 dan 1,625.22 sepanjang dagangan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedudukan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu sebanyak 514 berbanding 275 manakala 426 kaunter tidak berubah, 693 tidak diniagakan dan 19 lagi digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 2.52 bilion unit bernilai RM1.69 bilion berbanding 2.89 bilion unit bernilai RM2.17 bilion pada Khamis. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini