JOHANNESBURG 19 April – Bumbung gereja runtuh ketika mass menyebabkan 13 maut dan 16 cedera di Dlangubo, utara Durban, menurut pihak berkuasa hari ini.
Kemalangan itu terjadi pada malam semalam selepas hujan lebat.
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Tradisional Wilayah, Lennox Mabaso berkata, bumbung itu runtuh didapati berpunca hujan lebat semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sementara itu, Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Wilayah Kwa-Zulu Natal, Robert McKenzie memberitahu, kejadian itu merupakan satu tragedi dengan 13 maut manakala 16 lagi cedera yang sudah mendapatkan rawatan. – AFP











