Kisah mengenai rakyat di negara China yang menyalahgunakan gedung IKEA sebagai tempat beristirehat, menikmati penghawa dingin secara percuma malah menjadikan perabot-perabot dalam IKEA sebagai tempat berehat dan tidur, menyebabkan penulis menggelengkan kepala dan merasakan perbuatan mereka sebagai tidak matang. Bagaimanapun, apabila membaca kejadian-kejadian di IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang yang baru dibuka bulan lalu dan memaparkan bagaimana rakyat Malaysia merosakkan dan menjadikan suasana di IKEA serta tidak selesa membuatkan penulis…