BSN sumbang air terawat - Utusan Malaysia

BSN sumbang air terawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 3 April – Bank Simpanan Nasional (BSN) melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya apabila menyumbang hampir RM70,000 untuk peralatan rawatan air bersih dan terawat kepada 200 penduduk Orang Asli Kampung Lambok di Kuala Betis, di sini.

Peralatan rawatan air bersih itu siap dipasang dua bulan lalu dan turut dibantu oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa); Pasukan Bantuan dan Tindakan (Imaret);?Persatuan Perubatan Islamik Malaysia (Imam) serta Yayasan Al-Khalifah.

Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujibburrahman Abd. Rashid berkata, sumbangan peralatan terbabit adalah yang pertama kepada komuniti Orang Asli di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sebelum ini penduduk Orang Asli di kampung berkenaan hanya bergantung kepada punca air sungai yang tidak terjamin mutu kebersihan untuk menjalani kehidupan seharian mereka.

“Atas dasar tanggungjawab sosial kami hasil daripada wang zakat BSN berjaya menyediakan kemudahan air bersih terawat untuk penduduk Orang Asli.

“Bantuan itu bagi mengimbangi kesejahteraan penduduk Orang Asli dengan kaum lain di kawasan bandar yang sudah lama menerima kemajuan daripada kerajaan,” katanya selepas majlis pelancaran sumbangan itu, di sini petang semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Yayasan Al-Khalifah, Datuk Dr. Abdul Razak Kechik; Pengarah BSN negeri, Komarudin Mustapha dan Pegawai Jakoa daerah, Muhamad Yusrizal Ghani.

Tambah Mujibburrahman, pihak BSN juga aktif mengadakan aktiviti kemasyarakatan di kawasan lain untuk menjalinkan hubungan erat antara anggota BSN dengan penduduk. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini