Brunei taat perintah Allah - Utusan Malaysia

Brunei taat perintah Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN 3 April – Walaupun menerima kecaman pelbagai pihak khususnya di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah mengenai pelaksanaan undang-undang syariah yang berkuat kuasa hari ini, Brunei bagaikan enggan ‘melayan’ kecaman tersebut.

Malah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menggesa agar pendidikan Islam di negara ini diperkukuh­kan, selaras dengan pelaksa­naan undang-undang syariah tersebut.

Gesaan baginda disampaikan menerusi titah ucapannya sempena sambutan Israk dan Mikraj, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beta mahu melihat pendidikan Islam di negara ini menjadi lebih kukuh. Beta mahu me­nunjukkan Brunei adalah negara yang taat kepada perintah 
Allah SWT,” titah ba­ginda.

Sultan Hassanal Bolkiah juga mahu seruan azan diperde­ngarkan di semua tempat awam, bukan sahaja di masjid, bagi mengingatkan umat Islam mengenai tanggungjawab mereka di dunia ini.

Tambah baginda, Brunei merupakan negara yang ‘adil dan gembira’.

“Sesiapa yang melawat negara ini akan memperoleh pe­ngalaman manis dan menikmati persekitaran yang selamat,” titah baginda.

Menerusi undang-undang syariah baharu itu, pelaku zina dan homoseksual akan dikenakan hukuman rejam dengan batu sampai mati manakala pencuri berdepan hukuman potong tangan.

Undang-undang berkenaan dilaksanakan sepenuhnya hari ini selepas ditangguhkan sejak 2013 kerana tentangan kumpulan hak asasi manusia.

Brunei akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan hukuman hudud di peringkat kebangsaan, sekali gus mengikut jejak kebanyakan negara di Asia Barat seperti Arab Saudi.

Undang-undang syariah itu akan menghukum pesalah yang terbabit dengan kesalahan rogol, zina, curi, menghina atau memfitnah Nabi Muhammad SAW dengan hukuman mati, tertakluk kepada pesalah Muslim dan bukan Muslim.

Langkah Brunei itu me­ngundang kritikan di seluruh dunia apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa undang-undang terbabit sebagai ‘kejam dan tidak berperikemanusiaan’.

Selain itu, selebriti terkemuka seperti George Clooney dan Elton John mendesak hotel yang dimiliki oleh Brunei di AS serta Eropah diboikot bagi membantah pelaksanaan undang-undang berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini