KINSHAHA 17 April – Kira-kira 150 orang dilaporkan hilang selepas sebuah bot karam di sebuah tasik, timur negara ini pada Isnin lalu. Lapor Channel News Asia memetik aktivis tempatan di wilayah South Kivu, Delphin Mbirimbi sebagai berkata, bot berkenaan yang berlepas dari wilayah North Kivu, karam di tasik berdekatan wilayah Kalehe. Tambah Mbirimbi, tiga mayat telah ditemukan, 33 orang berjaya diselamatkan dan 150 lagi masih hilang. – AGENSI










