Bomba giat padam kebakaran di tapak pelupusan sampah haram - Utusan Malaysia

Bomba giat padam kebakaran di tapak pelupusan sampah haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 25 April – Seramai 34 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih giat menjalankan kerja-kerja pemadaman api di tapak pelupusan sampah di Jalan Tanjong Tokong di sini yang terbakar sejak empat hari lalu.

Jurucakap JBPM berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kebakaran di tapak pelupusan sampah yang dipercayai beroperasi secara haram seluas kira-kira 0.4 hektar itu pada pukul 10 malam, Isnin lalu.

“Kebakaran tersebut juga boleh diklasifikasikan sebagai gambut sampah di mana asap bermula dari bawah lapisan sampah yang ditindan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi memerlukan bantuan perkhidmatan jentera berat dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi kerja-kerja mengorek supaya api dapat dikawal daripada terus melarat ke kawasan yang lebih luas,” katanya di sini hari ini.

Menurut jurucakap berkenaan, pemilik tanah bagi kes kebakaran tapak pelupusan sampah itu sehingga kini masih belum diperolehi dan gagal di kesan.

“Untuk status operasi, kerja-kerja pemadaman dan pengawalan api masih diteruskan dan giat dijalankan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

“Kesan daripada kebakaran ini, pencemaran udara jelas kelihatan di mana kepulan asap memenuhi ruang udara dan penduduk yang paling hampir terjejas dengan insiden ini adalah penghuni kondominium Marina Bay yang terletak berhampiran lokasi ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini