BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 3 APRIL 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 3 APRIL 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG sebenarnya sudah lama rimas dengan percanggahan kenyataan antara menteri Kabinet berhubung sesuatu isu sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat. Itu belum lagi termasuk ada menteri yang dilihat bercakap perkara yang bukan di bawah bidang kuasanya .

Justeru Awang bersetuju dengan teguran bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut resah dengan perkembangan berkenaan kerana ia tidak menguntungkan negara.

Sebenarnya individu pertama yang membuat teguran berhubung perkara itu ialah bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin. Tegas Daim dalam satu wawancara, kemahiran komunikasi merupakan alasan utama masyarakat tidak gembira dengan kerajaan Pakatan Harapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Oleh itu Awang berharap para menteri terimalah teguran secara terbuka. Sebagai orang berpengalaman dalam Kabinet, Hishammuddin mahupun Daim berhak memberi pandangan atau teguran mereka.

Awang percaya masa masih ada masa untuk anggota Kabinet terlibat memperbaiki kelemahan dalam soal berkenaan bagi membolehkan mereka memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Perkara itu bukanlah susah sangat.

Apa yang penting mereka memahami portfolio masing-masing dan jangan lagi berfikiran seperti ketika berada dalam pembangkang dahulu kerana kini mereka adalah kerajaan.

AWANG – Sudah lama keliru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini