Awang ucapkan tahniah kepada Jabatan Imigresen yang terus menggempur warga asing di Pasar Borong, Selayang, kelmarin. Ia adalah satu tindakan tepat dalam memastikan pasar tersebut tidak terus dikuasai golongan berkenaan. Sejak akhbar Awang membuat pendedahan berhubung penguasaan warga asing ke atas pasar tersebut seperti mana dilaporkan dalam Mingguan Malaysia bertarikh 3 Mac lalu, jabatan tersebut sememangnya proaktif melakukan operasi bagi menghapuskan sentimen warga asing bahawa ‘pasar borong kami yang punya’.…










