BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 16 APRIL 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 16 APRIL 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG ucapkan tahniah di atas kepantasan pihak polis menahan tiga lelaki yang terlibat memeriksa kenderaan pasukan itu ketika Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Sabtu lalu.

Tindakan itu wajar memandangkan perbuatan mereka sememangnya melanggar undang-undang dan apabila klip video berhubung kejadian itu tular, ia telah membangkitkan kemarahan orang ramai tanpa mengira kaum.

Kejadian itu berlaku kerana ada dalam kalangan mereka merasakan sudah ‘besar kepala’, kononnya atas nama kuasa rakyat segala-galanya boleh dilakukan. Awang tidak nafikan apabila pilihan raya berlangsung, rakyat mempunyai kuasa untuk memilih atau menyokong parti yang mereka inginkan tetapi itu tidak bermaksud ia memberi kuasa melakukan tindakan tidak masuk akal seperti memeriksa kenderaan polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apa yang Awang pelik, kenapa mereka mahu berbuat demikian? Adakah kerana berpendapat parti yang mereka sokong sudah menjadi kerajaan maka mereka merasakan boleh melakukan apa sahaja termasuk tindakan yang dilihat memperlekehkan pasukan keselamatan?

Awang berharap apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada semua pihak. Hormatilah pasukan keselamatan atau pasukan penguat kuasa yang menjalankan tugas.

AWANG – Hormat polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini