SEOUL 27 April – Bintang K-pop terkenal, Park Yoochun ditahan polis, semalam kerana membeli dan mengambil dadah, dalam skandal terbaharu industri hiburan Korea Selatan. Menurut Mail Online yang memetik laporan Reuters, penahanan terhadap pelakon dan penyanyi dari Korea Selatan itu dilakukan selepas polis mendapat perintah tahanan dari Mahkamah Daerah Suwon, wilayah Gyeonggi, Korea Selatan disebabkan kebimbangan dia mungkin menghapuskan bukti dan melarikan diri ke luar negara. Seorang jurucakap polis wilayah…










