COPENHAGEN 22 April – Tiga daripada empat anak kepada billionaire Denmark, Anders Holch Povlsen terbunuh dalam serangan Easter di Sri Lanka, menurut jurucakap kumpulan peruncitan pakaian, Bestseller hari ini.
Media Denmark melaporkan, Holch Povlsen dan isteri, Anne bersama empat anak mereka sedang bercuti di Sri Lanka ketika serangan berkenaan.
Pengurus Komunikasi bagi Bestseller, Jesper Stubkier berkata, dia mengesahkan tiga anak billionaire itu telah terbunuh.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kami memohon agar anda menghormati privasi keluarga dan tiada lagi komen lanjut,” katanya.
Holch Povlsen dianggarp sebagai lelaki terkaya di Denmark merupakan pemegang saham terbesar dalam peruncit fesyen online ASOS disamping pemilik Bestseller. – AFP











