Bibi Ramjani sedia letak jawatan Presiden KAFA - Utusan Malaysia

Bibi Ramjani sedia letak jawatan Presiden KAFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan sedia meletak jawatan, bagi memberikan laluan kepada ahli perniagaan Datuk Seri Amril Aiman Abd Aziz, yang tampil menawarkan diri bagi menyahut cabaran presiden wanita itu sebelum ini.

Bibi Ramjani berkata, sebelum ini beliau telah berjumpa dengan ahli perniagaan itu, bagi membincangkan beberapa perkara berhubung persatuan terbabit.

“Alhamdullillah syukur ada yang berminat untuk menerajui KAFA dan saya sudah berjumpa dan berbincang, namun kalau berbincang tanpa masukkan dana, takut pisang berbuah dua kali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masa berbincang saya sudah beritahu berhubung masalah kewangan yang dihadapi KAFA, apa yang penting sekarang dana perlu ada sebelum terajui persatuan, kena korban sikit bila mahu jadi pemimpin terutamanya dalam bola sepak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hari ini akhbar melaporkan ahli perniagaan itu berani tampil menyahut cabaran Bibi Ramjani, yang sedia melepaskan jawatan sekiranya ada individu yang berkemampuan dari segi kewangan untuk mengambil alih tampuk kepimpinan persatuan itu. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini