BHPetrol tawar hadiah wang tunai harian RM5,000 - Utusan Malaysia

BHPetrol tawar hadiah wang tunai harian RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 26 April – Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol), memberikan wang tunai RM5,000 setiap hari melalui peraduan eCard Pump&Swipe.

Ini adalah tahun kedua BHPetrol memberi hadiah Tunai setiap hari khas untuk pemegang kad kesetiaan ‘eCard’ berikutan sambutan dan kejayaan pada tahun lepas.

Untuk itu Pang Kam Seng dari Shah Alam, Selangor telah menjadi pemenang pertama yang memenangi RM5,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hadiah itu disampaikan oleh Pengurus Besar Hal Ehwal Bekalan, Runcit dan Hal Ehwal

Kerajaan BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad.

Kam Seng telah menjadi ahli eCard sejak 2016 dan merupakan pelanggan tetap BHPetrol Lebuhraya KL-Klang.

Promosi daripada BHPetrol ini berlangsung dari 15 April hingga 15 Mei 2019 di stesen perkhidmatan BHPetrol dengan penerimaan eCard, menawarkan wang tunai RM5,000 kepada seorang pemenang bertuah setiap hari.

Untuk mengambil bahagian, ahli-ahli BHPetrol eCard hanya perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM40 produk bahan api (Infiniti 95, Infiniti 97, Infiniti Diesel dan Infiniti Euro5 Diesel) dalam satu

resit dan leret eCard mereka.

BHPetrol eCard adalah program kesetiaan yang menawarkan keistimewaan dan ganjaran yang menarik kepada ahli-ahlinya.

Ahli akan mendapat 1 ePoint untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di stesen BHPetrol dan rakan-niaga yang mengambil bahagian.

Ahli-ahli boleh dengan serta-merta menebus mata mereka untuk pelbagai barangan dan hadiah, termasuk bahan api bernilai RM10 dengan hanya 950 ePoints.

Selain itu, ahli-ahli juga boleh menebus hadiah-hadiah menarik yang terdapat di BHPetrol Rewards Catalog atau melalui talian di ecardrewards.bhpetrol.com.my.

Untuk menjadi ahli, permohonan boleh dimuat turun melalui ecard.bhpetrol.com.my. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini