MANCHESTER 2 April – Pep Guardiola kini menaruh harapan besar kepada Bernardo Silva untuk membantu Manchester City menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dengan kejayaan besar. Tidak menafikan sumbangan besar Bernardo berikutan ketiadaan Kevin de Bruyne ekoran kecederaan, Guardiola, yang musim ini sedang memburu empat trofi itu percaya, pemain antarabangsa Portugal tersebut adalah pilihan wajib berada dalam kesebelasan utama. “Apa yang Bernardo lakukan musim ini adalah kesan daripada caranya…









