SAUDARA PENGARANG, MALAYSIA bumi bertuah, tanahnya subur dan hasil buminya juga lumayan. Pelbagai tanaman mudah dihasilkan jika kita rajin berusaha dan begitu juga adanya galian seperti minyak dan gas menjadikan negara makmur dan rakyatnya juga dapat menikmati segala kekayaan bumi yang Allah SWT kurniakan kepada rakyat Malaysia. Dengan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH), terasa kehidupan rakyat bertambah baik dan tidak ragu-ragu lagi di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir…










