Belum rasai nikmat kemenangan - Utusan Malaysia

Belum rasai nikmat kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 April – Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mencipta kemenangan sulung dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tertangguh lagi apabila tewas 1-2 kepada Shandong Luneng FC di Stadium Olimpik Jinan, hari ini.

Meskipun tewas, aksi Harimau Selatan harus dipuji apabila memberi tentangan sengit sebelum tunduk kepada gergasi Liga Super China itu.

Sebaik sahaja sepak mula, kubu JDT terus diasak bertali arus oleh barisan serangan Shandong sehingga memaksa barisan pertahanan diketuai Mauricio Nascimento bekerja keras.

Memuatkan artikel berkaitan…

Usaha tuan rumah untuk mencari gol pendahuluan akhirnya berjaya menerusi tandukan bekas pemain Manchester United, Maroune Fellaini pada minit ke-30 yang menanduk bola hasil sepakan penjuru kapten pasukannya, Hao Junmin untuk meletakkan tuan rumah mendahului 1-0.

Tujuh minit selepas itu, giliran bekas penyerang Southampton, Graziano Pelle menggandakan jaringan selepas menyempurnakan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan pertahanan JDT, Aidil Zafuan Abdul Radzak untuk menewaskan penjaga gol Harimau Selatan, Farizal Marlias buat kali kedua.

Keghairahan tuan rumah melakukan serangan, dihukum pemain sayap JDT, Safawi Rasid dengan sepakan lencong menarik dari luar kotak penalti bola menuju ke penjuru gol kanan gawang yang dikawal penjaga gol Shandong, Wang Dalei untuk jaringan pertama peribadinya di pentas berprestij Asia itu pada minit ke-60.

JDT hampir membawa pulang satu mata berharga namun sepakan bola mati pemain tengah lincah dari Argentina, Gonzalo Cabrera sekadar menggegar palang tuan rumah pada minit terakhir permainan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini