PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pegawai khas menteri selepas dipercayai menjadi dalang yang mengatur projek-projek di sebuah kementerian termasuk pembekalan peralatan pesawat bernilai kira-kira RM1.8 juta dua tahun lalu. Menurut sumber, lelaki bergelar Datuk berusia 50 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari sewaktu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini hari ini. Jelasnya, siasatan awal mendapati, lelaki itu dipercayai telah…









