Bekas Exco Johor, anak, perunding hartanah bebas - Utusan Malaysia

Bekas Exco Johor, anak, perunding hartanah bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 21 April – Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latif Bandi dan anaknya serta perunding hartanah dilepas dan dibebaskan daripada semua 37 pertuduhan rasuah pada 2017.

Abdul Latif, 69, dan anaknya, Ahmad Fauzan Hatim serta perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd. Raub, 46, dilihat berpelukan dengan ahli keluarga masing-masing dalam dan luar mahkamah terharu selepas keputusan itu dibacakan.

Ketiga-tiga mereka berdepan tuduhan mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 19 April 2017, Abd. Latif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, bersama-sama seorang perunding hartanah mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan berasingan membabitkan nilai suapan RM30.3 juta di Mahkamah Sesyen di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini