SABAK BERNAM – Biarpun baharu seminggu dibebaskan daripada penjara atas ugutan jenayah, seorang lelaki tidak serik apabila melakukan jenayah sama terhadap adiknya di rumah mereka di Kampung Baru Nelayan, dekat Sungai Besar di sini semalam. Kejadian berlaku pukul 2.30 pagi selepas suspek berusia 26 tahun dikatakan meminta wang daripada ibunya. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, permintaan daripada suspek itu bagaimanapun tidak diendahkan mengakibatkan suspek naik…










