Bekalan air di Lembah Klang pulih sepenuhnya - Utusan Malaysia

Bekalan air di Lembah Klang pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 April – Gangguan bekalan air di kawasan terlibat sekitar Lembah Klang pulih sepenuhnya hari ini.

Syabas
Syabas 

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) melakukan pemantauan terhadap bacaan tekanan di sistem-sistem agihan sehingga jam 6.00 pagi tadi selepas kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2).

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan terlibat di atas kerjasama yang diberikan ketika gangguan bekalan sementara dan kerja-kerja penambahbaikan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pengguna diminta melayari laman web www.syabas.com.my, Facebook Air Selangor, Twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Terdahulu, Syabas memaklumkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor mengalami gangguan ekoran kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan SSP2. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×