Beberapa jajaran Lebuhraya Pan Borneo empat lorong dua hala dibuka Julai - Utusan Malaysia

Beberapa jajaran Lebuhraya Pan Borneo empat lorong dua hala dibuka Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Beberapa jajaran di Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak yang dinaik taraf daripada dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala akan mula dibuka kepada orang ramai Julai ini.

“Perkembangan ini bakal mengurangkan ketidakselesaan pengguna jalan raya dalam tempoh pembinaan lebuh raya itu,” kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Mohd. Tahir.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Titah Diraja pada persidangan Dewan Negara bagi kementeriannya hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi projek sama di Sabah, Mohd. Anuar berkata sehingga kini 12 daripada 35 pakej kerja telah dibuat pelantikan kontraktor yang telah memulakan kerja pembinaan dengan status kemajuan keseluruhan projek mencapai 13.43 peratus.

Namun begitu, jelasnya, terdapat satu kontraktor pakej kerja melibatkan laluan Tawau ke Semporna telah ditamatkan kontrak disebabkan prestasi kerja tidak memuaskan.

Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini