Bayi lelaki terkecil di dunia sudah bersedia ke dunia luar - Utusan Malaysia

Bayi lelaki terkecil di dunia sudah bersedia ke dunia luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 19 April – Bayi lelaki terkecil di dunia dengan berat seperti sebiji epal dilahirkan Oktober tahun lalu kini sudah bersedia untuk pergi ke dunia luar, menurut doktornya hari ini.

Ryusuke Sekiya dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean selepas ibunya, Toshiko mengalami darah tinggi ketika kandungan berusia 24 minggu lima hari.

Bayi itu dilahirkan pada 1 Oktober tahun lalu dengan tinggi 22 sentimeter dan kakitangan perubatan meletakkannya dalam unit penjagaan rapi neonatal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka menggunakan tiub untuk memberi makanan dan ada kala mengambil kapas kesat bagi susu ibunya ke mulut Sekiya.

Hampir tujuh bulan selepas itu, bayi lelaki ini membesar 13 kali ganda dari segi berat yang mana kini beratnya lebih tiga kilogram dan dijangka dilepaskan dari Hospital Kanak-Kanak Nagano pada hujung minggu ini.

Bayi seberat 258 gram itu lebih ringan daripada pemegang rekod terdahulu yang mana juga merupakan warga Jepun dengan berat 268 gram dilahirkan tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini