JAKARTA 21 April – Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) meminta orang ramai agar bersabar menunggu keputusan pungutan suara rasmi daripada Komisi Pemilihan Umum (KPU).
Perkara itu disampaikan oleh ketuanya iaitu Abhan setelah dua calon Presiden (capres) mendakwa sudah meraih kemenangan dalam pilihan raya Presiden (Pilpres).
“Nasihat kami untuk semua pihak, sabar menunggu proses yang sedang berjalan, kita ikuti proses ini sehingga tarikh ditetapkan,” kata Abhan ketika ditemui di Pejabat KPU, Menteng, Jakarta Pusat semalam. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











